Assalammualaikum.."Barangsiapa menghendaki akhirat, wajib baginya ikhlas pada ilmu" ~ Imam Syafie

Monday, 14 November 2011

Monday, 24 October 2011

Tangan Hebat!!

Layan video nie... 



p/s : nantikan entry2 yang lebih menarik

Lessons 1

Recorder Lessons - C Major Scale - Animated Notes and Backing Track



p/s : Semoga dapat menjadi panduan kepada anda semua... Layannnn



Saturday, 22 October 2011

Teknik Meniup Rekoder

TEKNIK MENIUP REKODER



Bagi teknik meniup rekoder, terdapat lima teknik atau aspek yang perlu diamalkan supaya dapat menghasilkan peniupan kualiti ton yang baik.
Lima teknik tersebut ialah:


  • Postur
  • Embouchure
  • Penglidahan
  • Pernafasan
  • Penjarian

Semua teknik di atas sangat membantu dalam menghasilkan peniupan kualiti ton yang baik.


    TEKNIK PERTAMA – POSTUR






    Postur memainkan peranan semasa meniup rekoder. Postur yang baik membantu untuk menghasilkan kualiti ton yang baik. Postur semasa meniup rekoder ialah badan perlu tegak dan berada dalam keadaan selesa. Rekoder dipegang dengan kecondongan 45 darjah dari badan. Ini untuk memudahkan pergerakan tangan semasa penjarian. Setelah itu, tangan diregangkan sedikit agar tidak mengganggu pernafasan. Rekoder dipegang dengan jari tangan kiri di bahagian atas dan jari tangan kanan di bahagian bawah. Cara ini adalah praktikal untuk permainan rekoder. Rekoder diimbangkan dengan diletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan. Gunakan ‘music stand’ untuk meletakkan skor muzik dan ini juga dapat mengekalkan postur badan yang tegak.


    TEKNIK KEDUA – EMBOUCHURE





    Embouchure ialah penggunaan otot muka dan pembentukan bibir yang mengikut bentuk pipit (mouthpiece). Masukkan bahagian pemipit di antara bibir. Setelah itu bibir dirapatkan dan jangan gigit rekoder. Bibir juga jangan ditegangkan dan pastikan bibir dalam keadaan selesa.



    TEKNIK KETIGA – PENGLIDAHAN

    Penglidahan penting untuk penghasilan not rendah dan not tinggi. Pergerakan lidah membantu pengeluaran udara dengan kadar yang sesuai dengan kualiti ton. Untuk not tengah, bunyikan ‘du’ dengan lidah. Manakala not rendah menggunakan bunyi ‘lu’. Bagi not tinggi, bunyikan ‘tu’ semasa meniup. Bunyi ‘du-ku’ digunakan semasa ‘double tongueing’. Semasa memainkan not kaitan, hanya pada not pertama berlaku penglidahan. Bagi permainan secara ‘staccato’, bunyikan ‘tut’ untuk penghasilan not pendek.



    TEKNIK KEEMPAT – PERNAFASAN

    Untuk meniup not rendah, tekanan udara dari ruang diafragma dilepaskan perlahan-lahan serta terkawal. Tekanan udara yang lebih serta dilepaskan secara laju dalah untuk meniup not tinggi. Bagi satu frasa, hanya satu pernafasan yang digunakan.



    TEKNIK KELIMA – PENJARIAN





    Bagi tangan kiri, ibu jari bernombor 0 menutup lubang rekoder di bahagian belakang rekoder. Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama. Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua. Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.


    Untuk tangan kanan, jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat. Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima. Lubang rekoder keenam ditutup dengan jari manis yang bernombor 6. Lubang rekoder ketuju ditutup dengan jari bernombor tujuh iaitu jari kelingking.


    Terdapat dua pembukaan kecil pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7. Tujuan lubang kecil ini adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flat.

    Friday, 21 October 2011

    MUZIK SANA SINI

    Muzik

    Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang. Definisi sebenar muzik juga berbeza:
    • Bunyi yang dikira sedap oleh pendengarnya
    • Apa apa bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulan


    Walaupun muzik adalah sejenis fenomena intuisi, untuk mencipta, memperbaiki dan mempersembahkannya adalah suatu seni. Mendengar muzik pula adalah sejenis hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis bidang/disiplin.


    Muzik adalah sebuah fenomena yang sangat unik. Ian boleh dibunyikan dengan beberapa gabungan alat muzik.



    Sejarah muzik

    Muzik bermula hampir seusia dengan kehadiran manusia moden homo-sapien 180,000 hingga 100,000 tahun dahulu. Tiada siapa tahu bila manusia mula mengenal seni dan muzik. Dari penemuan arkeologi di lokasi-lokasi seperti benua Afrika sekitar 180,000 tahun hingga 100,000 tahun dahulu telah menunjukkan kepada perubahan evolusi pemikiran otak manusia. Dengan otak manusia yang lebih pintar dari haiwan, mereka membuat pemburuan yang lebih terancang sehingga boleh menumpaskan haiwan yang besar. Dengan keupayaan otak ini, mereka berfikir lebih jauh hingga ke sebalik reality mencapai imaginasi dan spiritual. Bahasa untuk perhubungan mula terbentuk diantara mereka. Dari bahasa & perkataan ringkas untuk amaran bahaya & nama-nama haiwan buas, perlahan-lahan beberapa perkataan muncul untuk menamakan benda dan nama panggilan untuk sesorang.. Entah, sama ada mereka sudah pandai berasa bosan atau sesuatu didalam fikiran mereka yang membuatkan mereka mula mengumpul manik-manik dari cengkerang siput laut sebagai perhiasan untuk rantai leher. Mereka mula mengores garisan diatas kayu dan batuan dengan corak-corak menggambarkan pemikiran mereka. Dinding-dinding gua tempat mereka berlindung dilukis dengan warna-warna dari tumbuh-tumbuhan.

    Dalam kehidupan nomad mereka yang berpindah-randah mereka mungkin telah melihat banyak kejadian alam seperti panahan petir yang memulakan kebakaran hutan. Daging binatang yang terbakar api kebakaran.mempunyai rasa berbeza dan lebih lazat. Kemudian terlintas difikiran mereka bagaimana cara hendak menghidupkan api untuk memasak, memanaskan badan dan menjauhi haiwan buas mengguna api. Selepas makan malam memakan hasil buruan mereka pada siang hari, mereka berbual dan bercerita mengenai kisah silam mereka. Bentuk pendidikan dan hiburan terawal manusia. Sama seperti sekolah & TV manusia di zaman moden. Seorang dari mereka mungkin mendapat idea mengambil tulang kaki kering haiwan buruan yang menjadi makanan mereka dan mula meniup ke rongga mengeluarkan bunyi. Ada juga yang mendapat inspirasi dari pemerhatian kepada alam semulajadi bila angin menghembus kedalam rongga kayu atau bambu yang mengeluarkan bunyi. Kayu dikorek lubang ditiup menjadi flute purba. Manusia meluahkan perasaan mereka takut & gembira menggunakan suara mereka. Bermain-main dengan suara mereka menjadi chant, hymn atau syair nyanyian kecil daripada inspirasi kicauan burung. Kayu-kayu dan batuan keras dipukul mengeluarkan bunyi irama yang mengasyikkan. Mungkin secara tidak sengaja mereka telah mengetuk kayu pokok yang berongga didalamnya dengan batang kayu yang mengeluarkan bunyi kuat. Kulit binatang yang mereka guna sebagai pakaian diletak pula untuk menutup rongga kayu besar menjadi gendang, di palu menjadi irama-irama purba.

    Muzik moden


    Muzik moden ialah muzik masa kini yang terbit hasil daripada perjalanan dan perkembangan sejarah itu sendiri dari pada kemunculan tamadun terawal sehingga lah pertembungan budaya akibat dari perdagangan dan penaklukan telah membawa dan menyebarkan muzik juga budaya dari tamadun - tamadun tersebut ke seluruh dunia. Contohnya jalan sutera yang menghibungkan timur dan barat, peluasan empayar seperti Greek dan Rom, peperangan antara tamadun Eropah dan Islam dalam perang salib dan perpindahan manusia ke tanah atau benua baru seperti benua America utara dan selatan. Penguasaan ekonomi barat ke atas pasaran dunia serta inovasi teknologi barat membantu menyebarkan muzik Amerika dan Eropah. Penciptaan dan invovasi yang terbit dari hasrat manusia untuk merakam bunyi persekitarannya telah menyebabkan terciptanya alat perakam bunyi seperti phonograph dan gramophone pada akhir abad ke 19. Dengan terciptanya radio serta TV, muzik boleh dicapai manusia sehingga ke seluruh dunia. Amerika dan Eropah yang menguasai pasaran LP piring hitam dan segala bentuk pengedaran muzik telah menyebabkan muzik dari kedua-dua benua itu menjadi popular keseluruh dunia.